Monday, September 28, 2009

ISTILAH ‘AKIDAH UMNO’

ISTILAH ‘AKIDAH UMNO’
Kategori: Politik
Salah satu daripada pecahan amal mulia di bulan Ramadhan adalah beri’tikaf dan bertafakur. Ketika melakukan pelbagai muhasabah, maka saya ada terpandang satu ayat yang sedikit mencurigakan. Ia berbunyi begini:

Perdana Menteri berkata, “kita tidak akan membiarkan Umno dipermainkan dan akidah parti itu dipersoalkan mana-mana pihak. Jangan persoalkan akidah kita (Umno)” (Berita Harian 8 September 2009).

Melihatkan kenyataan ini, hati saya tertanya-tanya sama ada bolehkah manusia atau parti politik membuat akidah? PAS tidak pernah mencipta akidah. Islam ini bukan pandai-pandai PAS. Ia agama yang diturunkan kepada Nabi-Nabi oleh Allah Azzawajalla. Bermula dari Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang PAS lakukan ialah meniru bulat-bulat keputusan yang telah dibuat oleh Allah S.W.T. melalui kalimat syahadah dan tauhid Allah dalam segala segi. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Katakan: Dialah Allah, Yang Maha Esa
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan
Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.”
(Surah Al Ikhlash: Ayat 1 hingga 4).

Dizaman dahulu, orang merujuk akidah itu sebagai i’tikad. Ia berasal dari perkataan aqoda dan bermakna ikatan. Akad nikah adalah ikatan antara A + B. Begitu juga dengan akad jual beli.

Akidah adalah kesimpulan. Ia persoalan tali pengikat yang menyimpulkan hubungan kita dengan Allah S.W.T. Orang yang berpegang dengan akidah dinamakan sebagai orang yang mempunyai kesimpulan hidup yang kukuh. Dalam hal ini Nabi S.A.W. pernah bersabda yang membawa matan, “telah ku tinggalkan engkau dengan dua perkara iaitu Al-Quran dan hadith. Berpeganglah keduanya dengan tangan kamu sekuat-kuatnya atau gigitlah ia dengan gigi gerham/taring (jika dikhuatiri akan terlucut).” Kandungan yang terdapat dalam akidah ialah Islam + Iman. Ia bertujuan untuk selamat di akhirat. Bercakaplah sama ada mengenai pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, taraf hidup atau budaya murni – pada akhirnya, kesemuanya sekali mesti menuju kepada mencari hasanah di akhirat. Di sini, Umno buat akidah untuk apa?

Saya cukup hairan bahkan terkejut apabila Presiden Umno tanpa segan silu menggunakan perkataan ‘akidah Umno’. Sejak bila Umno mencipta akidah? Jika dia buat sekalipun maka sahlah bahawa akidah jenis ini adalah palsu. Ia tidak dinilai di akhirat kelak.

Kita perlu cermat untuk membezakan antara dasar atau perlembagaan parti dengan perkara akidah dalam agama. Saya ingat, ilmuan Islam lebih arif untuk menjelaskan perkara ini. Inilah puncanya yang selalu saya katakan bahawa pintu rundingan antara PAS dan Umno sudah tertutup rapat. Apa yang mungkin boleh Umno lakukan ialah menukar dasar daripada kebangsaan kepada dasar Islam. Dengan cara ini, barulah rakyat ada keyakinan bahawa Umno ini parti yang sudah mempunyai akidah Islam. Perubahan dasar ini adalah satu perkara yang sangat mustahak kerana hidup dalam segenap perkara termasuk dasar parti Islam perlu diselaras dengan akidah Islam. Dasar ini harus berasaskan akidah yang tepat dan diredhai oleh Allah S.W.T. saja akan menuju ke jalan Syurga. Sebaliknya mana-mana dasar atau parti atau pertubuhan yang tidak selaras dengan akidah Islam adalah ditolak. Perkara akidah ini bukan boleh dibuat oleh mana-mana manusia. Mana boleh manusia atau pertubuhan membuat akidah partinya yang sendiri.

Akidah Islam boleh terpancar dalam pelbagai lafaz doanya. Di dalam doa Iftitah misalnya, terkandung aspek penyerahan menyeluruh terhadap rabb seperti, “sembahyangku, hajiku, segala aktiviti hidupku dan matiku (nyawaku) kerana Allah Taala.”

Begitu juga doa dan zikir-zikir masyhur yang menjadi amalan rata-rata umat Islam. Misalnya, selepas sembahyang kita berwirid yang membawa maksud:

a) “Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan milikNya dan bagiNya segala pujian, Dia menghidup dan mematikan (semua perkara), sedangkan Dia sentiasa hidup dan tidak mati, ditanganNya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas semua perkara.”

b) “Allah telah menjamin aku dan cukuplah Allah bagiku, Allah Maha Mendengar permohonan sesiapa yang bermohon (kepadaNya), tidak ada lagi selain Allah tempat meminta dan berhajat.”

c) “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada seorang lelaki (bapa), ibuku yang juga hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, berlaku ke atasku setiap ketentuanMu, terlaksana ke atasku setiap keputusanMu, aku mohon kepadaMu dengan (berkat) semua nama yang Engkau namakan kepada zatMu atau nama yang Engkau sebutkan di dalam kitabMu atau nama yang Engkau ajarkan kepada sesiapa sahaja dari kalangan makhlukMu atau nama yang Engkau rahsiakannya di dalam ilmu ghaib di sisiMu (aku mohon) agar Engkau menjadikan Al-Quran yang maha agung sebagai sumber ketenangan bagi hatiku, cahaya penglihatan mataku, menghapuskan perasaan dukacita dan sebagai penghalang kepada perasaan sedih dan gelisah.”

d) “Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”

Dari empat petikan maksud doa-doa di atas, sangat jelas konsep tauhid yang mengEsakan Allah. Dialah sumber kekuasaan, satu-satunya tempat ketaatan dan titik tumpuan dalam pengabdian makhluk. Ini bukan soal 1Malaysia kerana Islam mengajar kita bahawa tiada zat dan tiada Tuhan yang wajib dan boleh atau wajar disembah melainkan Allah Yang Maha Besar.

Jika mahu bercakap soal perpaduan dan penyatuan, maka inilah titik penyatuan dasar yang saya selalu sebutkan. Ertinya, jika Umno kononnya ikhlas untuk melakukan kerjasama demi kepentingan masa depan Islam dan ummah di negara ini, maka Umno perlu bersedia terlebih dahulu untuk mengubah dari dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Jika betullah nak jaga Islam, PAS lah partinya yang menjadi pilihan kerana dasar PAS sejak awal lagi ialah Al-Quran dan Hadith. Ini berlaku sejak penubuhannya di Pulau Pinang pada tahun 1951 lagi. Ini berikutan alim ulama’ dalam Umno keluar dari Umno untuk menubuhkan PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno yang berfahaman kebangsaan. Dengan latar belakang ini semua orang harus masuk PAS untuk bersama dengan PAS. Tidak timbul soal PAS dipelawa untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan demi kononnya untuk masa depan Islam dan ummah di negara ini. Ini bukan isu.

Kelantan sudah hidup hampir 20 tahun di bawah dasar Islam dan kami tidak mempunyai apa-apa masalah. Bahkan secara hikmah dan istiqamah, kami telah secara berperingkat-peringkat sedang menukar pemikiran rakyat (brainwash) daripada menjadi pak turut kepada cara hidup mat saleh secara membabi buta kepada menjadi pak turut kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Saya sesungguhnya tidak faham dengan pendirian Umno yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menolak Islam. Pada saya, Islam jenis ini setaraf dengan penduduk setinggan yang menduduki sesuatu tempat secara haram. Jika rumah setinggan didirikan di atas bahu jalan atau tanah-tanah kerajaan yang lain maka pihak kerajaan ada hak untuk meroboh, menghalau atau mengenakan denda. Sikap pemimpin Umno boleh kita analogikan seperti kes setinggan ini. Kita kena faham bahawa kita menumpang bumi Allah dan sedang menggunakan segala kemudahan yang Allah sediakan. Jadi, sepanjang masa dalam hidup kita, kita telah termakan budi dan berhutang budi. Jika kita sedar yang kita menumpang bumi Tuhan, maka kita kenalah patuh kepada undang-undang dan peraturan Pemiliknya.

Jadi jelaslah bahawa dalam hidup kita ini, hanya terdapat satu sahaja akidah iaitu akidah Islam. Jika ada juga akidah lain yang didakwa oleh sesiapa, maka sahlah ia adalah akidah bertaraf setinggan. Percubaan Umno yang membangkitkan rundingan mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini adalah cerita lama. Umumnya, rata-rata pemimpin PAS, sudah tidak lagi berminat dengan gimik-gimik kabur yang seumpama ini. Hanya orang PAS yang tidak mahir dengan gelagat lawan sahaja boleh keliru dengan permainan yang sedemikian. Pada saya, apa yang ada di hadapan cukup jelas. Sambil menegur dan berdakwah untuk saling ingat-mengingati dalam bulan Ramadhan yang sangat mulia ini, saya perlu memberitahu bahawa kami sedang melangkah dan akan terus melangkah. Kami menuju bulan purnama.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.

Sunday, September 27, 2009

Insiden anak Raja dipukul anak Raja: Dimanakah Tun Perak?

Insiden anak Raja dipukul anak Raja:
Dimanakah Tun Perak?Saya ingat kerja-kerja memukul orang ini hanya berlaku dikalangan samseng, pihak berkuasa pun ada dilaporkan memukul, membelasah dan menerajang orang. Di Batu Buruk, Terengganu sampai menembak orang. Tetapi rupa-rupanya golongan bangsawan pun ada juga begitu dan tidak terkecuali.Berita terkini di MStar dan The Star Online melaporkan darihal aduan Tunku Nadzimuddin cucu kepada almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Jaafar, bahawa beliau pernah dipukul oleh seorang kerabat di Raja Johor sehingga berdarah. Laporan polis telah dibuat dan insiden berlaku kira-kira setahun lalu namun samapi kini tiada tindakan diambil terhadap anak Raja berkenaan.Dalam laporan yang diberikan itu disebut bahawa anak Raja Johor itu adalah Raja Muda Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid atau Tunku Majid.Memanglah perkara ini perlu disiasat dan seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah didapati bersalah. Cumanya kalau ditinjau kedudukan anak Raja berkenaan iaitu Raja Muda Johor, bermakna beliau ada hak untuk mewarisi takhta Johor. Tidakkah itu menakutkan?Teringat saya kisah sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Kisah anak Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak iaitu Tun Besar yang mati ditikam oleh anakanda Sultan Mansur Shah iaitu Raja Muhammad. Tun Besar mati ditikam angkara marahnya Raja Muhammad apabila secara tidak sengaja bola raga yang disepak oleh Tun Besar terkena kepala Raja Muhammad lalu terjatuh dastarnya. Raja Muhammad kebetulan menunggang kuda ditempat kejadian.Apa kata Bendehara Tun Perak apabila anak-anak muda Melaka mahu bangkit menuntut bela kematian Tun Besar:Hai!Hai! Hendak derhakakah kamu sekalian? Hendak derhakakah? Ceh! Kamu sekalian! Ceh! Kerana tiada adat; hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi janganlah kita bertuankan anak Raja seorang iniWalaupun Raja Muhammad tidak dihukum balas namun dari kenyataan Bendahara Tun Perak itu segera Sultan Mansur menitahkan agar anakandanya keluar dari bumi Melaka dan tidaklah Raja Muhammad layak mewarisi takhta kesultanan Melaka. Kerana insiden itu Tun Perak diberikan gelaran Pelantik Raja.Mungkin dalam kes Johor tentang Negeri Sembilan ini kita perlukan seorang Tun Perak. Dimanakah Tun Perak?

Patuhi adab berjemaah dalam parti

Patuhi adab berjemaah dalam parti
Dalam jemaah kita ada adab berjemaah sebagaimana dalam organisasi kita ada disiplin berorganisasi. PAS bertahan sekian lama lantaran teguhnya pegangan anggotanya pada nilai-nilai ini. Ikatan disiplin jemaah PAS adalah ikatan aqidah yang tidak mudah dirongkai.Sejak dari penubuhannya sehinggalah membentuk kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959, dari zaman awal penubuhannyake zaman Almarhum Dr Burhanuddin ke zaman Asri, Yusof Rawa,sehingga kini PAS jatuh dan bangun namun kekuatan ini terus padu, inilah yang digeruni musuh dan dihormati lawan.Jika tiada kekuatan ini, pasti PAS tidak dapat bertahan sebegini lama dalam menjuarai dan meneroka liku-liku perjuangan Islam yang mulia ini.PAS berdiri taat di belakang pemimpinnya dalam keadaan senang ataupun susah kerana adab berjemaah mengajar kita demikian. Ketaatan itu hanya putus apabila pemimpin tadi memimpin bertentangan dengan syarak Sebagaimana Rasulullah saw bersabda:“Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang membawa kedurhakaan kepada Allah yang maha mencipta.”Saidina Omar al Khatab di dalam khutbahnya ada berkata:“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Sekiranya aku bertindak betul, maka perteguhkanlah aku. Sekiranya aku bertindak salah maka perbetulkanlah aku. Taatilah aku jika aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya aku khianat, maka tiada taat ke atasku daripada kalian semua.”Malah Rasulullah saw juga bersabda (yang lebih-lebih terkena atas kita selaku jemaah Islam):“Barangsiapa mentaati pemimpin, maka dia mentaati aku dan barangsiapa menderhakai pemimpin, maka dia menderhakai aku.”Teguran Dato Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor terhadap SELCAT atau Select Committee on Competence, Accountability and Tranparency baru-baru ini bukannya bermaksud mahu menggugat kerajaan negeri, bukan juga kerana mahu SELCAT itu dibubarkan, tetapi ia dibuat apabila beliau berpandangan yang beberapa kaedah yang digunakan oleh badan itu kelihatan agak kasar dan keterlaluan dan perlu diperbaiki. Ianya dibuat untuk meneguhkan imej kerajaan negeri agar rakyat, kakitangan kerajaan dan semua pihak memandang kita dengan penuh hormat dan kasih-sayang.Kita tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, kita mahu bawa kebaikan. Kita dipilih rakyat kerana BN dahulu tidak baik. Lalu kalau kita sama seperti mereka maka rakyat nanti akan kecewa dan tidakmustahil kita nanti ditolak.SELCAT adalah satu badan bikinan Dewan Negeri Selangor. Ia bukan malaikat dan bukan lebih besar dari kerajaan negeri. Ia boleh ditegur dan boleh diubah-suai demi kebaikan kerajaan negeri.Teguran Dato Hasan boleh diterima, boleh dibincang dan boleh juga ditolak. Tetapi janganlah pertikaikan keikhlasannya, kita diajar menghormati pandangan orang lain. Saya kecewa apabila Speaker Dewan Selangor melenting dan mempertikaikan kepakaran dan pengalaman Dato Hasan ekoran teguran berkenaan.Tetapi saya lebih kecewa apabila seorang ADUN PAS spontan mahu merujuk Dato Hasan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan kerana mengeluarkan teguran sedemikian. Sejak bila PAS mengajar ahlinya berbuat demikian? Apakah maksud ADUN berkenaan? Sila rujuk NST:http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20sal/Article/index_html

PETRONAS TO FEUL MALAYSIA F1

PETRONAS TO FEUL MALAYSIA F1 –

malaysian insidernAs widely expected, the Malaysia F1 team has started sponsorship talks with national oil company Petronas apart from looking into jointly developing a line of engine oils and lubricants.Team principal Tony Fernandes confirmed this although stressing that the motor racing team called Lotus F1 by the FIA remains a private venture.“We would love Petronas to sponsor us,” Fernandes told reporters at the sidelines of the Singapore F1 Grand Prix.

KAH KAH KAH…woit…
INI LAH CARANYA DUIT NEGARA PERGI MASUK POKET KRONI…
kah kah kah..kah kah kah…
MULA MULA AJUKAN PROJEK YANG ADA SANGKUT PAUT DENGAN PROPAGANDA GEROMBOLAN… kah kah kah…woit…
MASA ISLAM HADARI…
SEMUA NAK BUAT PROJEK ISLAM HADARI… kah kah kah…kah kah kah…
ADA MASIJID ISLAM HADARI… ADA MAIN GASING ISLAM HADARI… ADA SENAPANG BULUH ISLAM HADARI…ADA PERTANDINGAN BUKA BRA ISLAM HADARI…. kah kah kah..woit…
ADA KANG KONG DI UKM DAPAT 5 JUTA UNTUK BUAT RESEARCH TENTANG ISLAM HADARI…. kah kah kah…woit….
SANKARAN PILLAI PUN DAPAT FULUS UNTUK ISLAM HADARI… kah kah kah…kah kah kah…
BILA SATU MALAYSIA MUNCUL… ADA PERTANDING LAGU SATU MALAYSIA… ADA MENDAKI BUKIT SATU MALAYSIA… ADA TERBERAK BERAMAI RAMAI SATU MALAYSIA… ADA KUMPUL BULU ARI SATU MALAYSIA… kah kah kah…woit...
TUNGGU NANTI AKAN ADA PERTANDINGAN MENULIS NOBEL SATU MALAYSIA ... PERTANDINGAN MENULIS SAJAK SATU MALAYSIA... MENULIS CERPEN SATU MALAYSIA...kah kah kah..woit..
LUMBA KERETA F1 SATU MALAYSIA ADALAH CARA TERBAIK UNTUK MENGAUT DANA PETRONAS… kah kah kah..woit…
BAGI LAH HAK DUIT MINYAK PADA RAKYAT KELANTAN…. kah kah kah…woit…
JANGAN LAH TIPU ORANG MELAYU…. kah kah kah..

nota:hanya satu sahaja projek satu malaysia tidak akanakan dibenarkan : pertandingan kereta proton dari kuala lumpur ke ulan bator lain semua boleh kah kah kah.

1 Malaysia F1: Bila masa rakyat didahulukan

1 Malaysia F1: Bila masa rakyat didahulukan!!!!!!

TEMERLOH, 16 Sept — Kerajaan Malaysia, di bawah teraju Najib Razak semalam mengumumkan bahawa Kerajaan dengan usahasama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Permotoran Malaysia, Naza Motor dan Air Asia telah menubuhkan pasukan lumba kereta Formula 1 dengan nama 1Malaysia. Pasukan ini akan menyertai sirkit F1 pertamanya pada musim 2010.
Pengumuman ini datang tidak lama selepas kerajaan bertindak menaikkan harga minyak petrol, RM0.05 untuk RON95 dan RM0.25 untuk RON97.
Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang dalam reaksinya menyuarakan kegagalan rakyat untuk melihat apakah keperluan untuk membentuk sebuah pasukan lumba kereta yang biayanya sudah pasti mencecah jutaan ringgit dalam suasana ekonomi sekarang. Menurut Nizam, Najib dalam sidang medianya enggan memberitahu jumlah sebenar pelaburan kerajaan dalam projek ini, cuma memaklumkan ia dibuat melalui Proton.
Bagi Nizam yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh, jawapan Najib itu adalah sikap tipikal kerajaan pimpinan Umno dan BN yang tidak telus dan tidak bertanggungjawab. Tegas Nizam, apa yang beliau nampak melalui tindakan penyertaan kerajaan dalam projek F1 ini hanyalah pembaziran dan tidak memberi manfaat kepada rakyat, bila masa rakyat didahulukan?
Nizam tertanya-tanya siapakah pemberi nasihat kepada Najib yang mencadangkan pembabitan kerajaan dalam projek ini, sedangkan sepengetahuan beliau, Litar Antarabangsa Sepang itu sendiri sehingga ke hari ini menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit sejak ia dibina.
Nizam bagaimanapun mengaku yang kerajaan punya hak untuk melaburkan wang yang diamanahkan kepada mereka, tetapi ia mestilah dilakukan secara berhati-hati, kerana wang itu adalah wang rakyat. Tambahan pula keadaan ekonomi sekarang agak tidak menentu, lihatlah keruntuhan Lehman Brothers, ujar Nizam. Nizam juga sempat memberi contoh tindakan terbaru Japan Airlines seperti dilaporkan BBC sedang memotong kos operasi mereka dengan memberhentikan 6,800 orang pekerjanya bagi berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lemah.
Tentang kewajaran penglibatan kerajaan dalam usahasama projek F1 ini, Nizam mempersoalkan kenapa negara yang lebih maju industri automatifnya di sebelah rantau ini seperti Korea Selatan tidak pula beria-ria dan ghairah untuk sama terlibat dalam lumba kereta. Padahal dari segi keupayaan kejuruteraan dan teknologi, mereka jauh meninggalkan Malaysia.
Pantas Nizam merumuskan, tidak lain tidak bukan, inilah sifir ekonomi Najib, jika rugi sekalipun, rakyatlah yang akan menanggungnya, kerana wang yang dibelanjakan itu bukan milik Najib tetapi datang dari khazanah negara, dalam kes F1 ini, dari kocek Proton, Protonlah yang menjadi mangsa. Akhirnya 1Malaysia terpaksa berjimat, 1Malaysia menanggung beban kos kehidupan yang tinggi semata-mata kerana ego pemimpin negara yang senantiasa memikirkan nafsu megalomaniak mereka.

Saturday, September 26, 2009

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI OLEH PRESIDEN PAS





Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.
Read more...
Ucapan Selamat Hari Raya 'Aidilfitri Daripada YB Dr Hj Sheikh Ibrahim bin Salleh, Adun Sg Abong



Written by PAS Johor
Thursday, 17 September 2009 00:24
Assalamu'alaikum dan Salam Perpaduan,Sukacitanya saya sekeluarga di sini ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pendokong dan penyokong yang banyak membantu saya dalam mengisi kemenangan di DUN ini. Khususnya dalam memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Bantuan saudara saudari, hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.